Sunday 30 August 2015

Seni lipatan Ketam

Cara Membuat Ketam Dari Kertas Origami

Cara membuat ketam dari kertas origami. Panduan membuat ketam dari kertas ini masih tergolong mudah, biasa diajar kepada murid sekolah rendah. 

Berikut adalah cara / panduan mudah untuk membuat ketam ( crab ) dari kertas origami. Siapkan kertas origami, pastikan sisi satu dengan lainnya berlainan warna untuk mempermudah dalam pembuatannya.



cara-caranya :
  • Siapkan kertas, sisi putih di atas
  • Sambil memperhatikan gambar, Lipat kertas dari bawah ke atas ( garis tengah untuk membaginya menjadi sama ).
  • Lipat lagi dari kanan ke kiri, cari tengahnya.
  • Titik A menuju titik O .Seperti gambar bentuk menjadi segitiga.
  • Segitiga sudah jadi, tinggal yang satunya lagi.
  • Balikkan kertas, kemudian Titik B menuju titik O.
  • Jadinya seperti gambar no 7. 
  • Membuat kaki ketam. Lipat ke dalam kira – kira membentuk sudut 30 darjah. Lakukan untuk kaki kiri dan kanan ketam.
  • Ambil bahagian atas sedikit saja, terus lipat ke bawah. Kemudian balikan kertas.
  • Membuat sepit, dengan cara melipat kertas ke dalam, jangan terlalu besar atau terlalu kecil, saiz yang bersesuaian.
  • Tekan bahagian bawah ke atas, kerana bahagian belakang ketam tidak rata.
  • Ia akan jadi seperti gambar no 12.
  • Balikan kertas lukis mata dengan menggunakan marker pen atau pensel.

  • Akhirnya ketam dari kertas origami pun jadi. Kalau belum berhasil cuba lagi.

1 comment:

  1. terimakasih atas perkongsian..semoga Allah memberkati anda.

    ReplyDelete