Sunday 30 August 2015

Sejarah Seni Origami

EJARAH ORIGAMI


ORIGAMI JEPUN DAN KERTAS WASHI

1.      Pengenalan Origami

Tahukah anda bahawa sehelai kertas boleh dilipat menghasilkan bentuk dan binaan.   Seni melipat kertas dipanggil Origami.  Seni origami ini sudah begitu terkenal semenjak dulu lagi sehinggalah sekarang.  Perkembangannya bermula dari cara tradisional hinggalah ke teknologi baru ( antaranya ialah Sistem Penggambaran Sistemastis berbentuk diagram).

Origami mengikut Bahasa Jepun ialah ‘ori’ bermaksud melipat dan ‘Kami’bermaksud kertas. Ianya telah menjadi seni rakyat tradisional Jepun dan mula dipopularkanpada pertengahan 1990an. Objektif kesenian origami ini ialah mengubah lembaran datar bahan seperti kertas menjadi patung melalui teknik ganda dan teknik mematung.  Ianya tidak menggunakan bahan lain seperti gam. Jumlah lipatan dasar origami adalah kecil tetapi boleh digabungkan dengan kertas lain menggunakan teknik yang pelbagai.  Secara umunnya origami adalah selembar kertas persegi yang sisinya mungkin berbeza warna dan dicetak


                        Menurut Buku Membentuk dan Membuat Binaan, origami ini mempunyai jenis-jenis bentuk iaitu bentuk haiwan, barang permainan, tumbuh-tumbuhan dan perhiasan. Bentuk haiwan ialah bentuk yang paling popular terutama haiwan seperti burung, ikan, rama-rama dan arnab.  Manakala bentuk permainan seperti sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature). Bentuk tumbuh-tumbuhan pula ialah terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain.  Biasanya digunakan untuk kad ucapan.  Contoh bunga yang paling digemari ialah bunga dahlia dan tulip. Bentuk perhiasaan pula ialah direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sesuatu perayaan. 
                       


2.      Sejarah kewujudan Kertas  dan kertas Washi

Jenis-jenis kertas untuk origami ada 4 jenis iaitu kertas washi, kertas kerajang, kertas sepasang dan kertas bungkusan. Kertas washi merupakan kertas bermutu tinggi dan mempunyai corak alegan seperti fabrik broked.  Kertas washi jika digunakan untuk origami boleh mengekalkan keindahan model yang siap itu. Manakala kertas kerajang ialah kertas yang dihasilkan menggabungkan kertas lain. Kertas kerajang kekadang bercorak timbulan dan ada juga timbulan.  Kertas ini ada yang berkilat dan ada yang tidak berkilat.

 Seterusnya kertas sepasang adalah gabungan dua kertas yang berlainan untuk memberi kesan menarik.  Untuk melekatkan kertas ini, spray ‘adhesive’ digunakan sebelum membuat lipatan origami.  Akhirnya kertas bungkusan atau kertas pembungkus hadiah, kertas ini pada bahagian hadapan berwarna dan bahagian belakang putih.  Ada pelbagai corak, rekaan dan tekstur.  Kertas ini sesuai untuk pelbagai origami.

Sejarah kewujudan kertas inilah yang menjadi titik tolak kepada penciptaan origami itu sendiri. Kertas mula dicipta di negeri China pada 105 SM di mana Cai Lun seorang pegawai dari Dinasti Han telah mencipta kertas menggunakan mulberri , kain terpakai, jala dan bahan buangan lain. Sebenarnya cebisan kertas mula dijumpai di Fangmatan, Gansu. Kertas dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk yang mudah dan banyak di dapati pada masa itu seperti tongkang cina dan kotak. Pada abad ke 6, pembuatan kertas ini dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab.  Manakala Seorang sami budha bernama Dokyo membawa teknik ini ke Jepun, beliau merupakan seorang doktor peribadi Ratu Shokotu.

Selepas itu pembuatan kertas tradisional makin terkenal di Jepun.  Kertas yang dihasilkan di Jepun dipanggil ‘Washi’.


Selepas negara China mencipta kertas, perkembangannya mula di Eropah.  Kilang-kilang di buka di semenanjung Iberian. Pada kurun ke 10 pula orang-orang Islam yang berada di Sepanyol, Portugal telah membawa penemuan ini ke negara Itali dan selatan Perancis.  Kemudian memasuki negara Jerman sekitar 1400m.

            Di Eropah pembuatan kertas ini telah menggunakan mesin yang digerakkan menggunakan kuasa kincir air.  Alatan pertama yang menggunakan tenaga kincir air ini dibina di Semenanjugn Iberian dan dibina di Kota Portugal iaitu Leiria pada tahun 1411.  Perkembangan menghasilkan kertas naik serta merta apabila terhasilnya teknik mencetak dalam revolusi pencetakan pada sekitar abad ke 15.
Kertas washi mula dihasilkan di negara Jepun.  Kertas washi dihasilkan bukan seperti kertas biasa tetapi dihasilkan secara kimia.  Ianya memerlukan proses yang panjang dan biasanya sepanjang musim sejuk diperlukan.  Semasa musim ini air sejuk yang mengalir diperlukan.  Bakteria yang hidup dalam keadaan sejuk diperlukan untuk memkompos bahan-bahan. Cuaca sejuk juga menjadikan bahan-bahan bercantum dan menghasilkan kertas berstruktur. Cara tradisional ini digunakan oleh peladang sebagai salah satu mata pencarian dengan menghasilkan kertas washi. 

Untuk menghasilkan kertas washi ini ada beberapa kaedah antaranya ialah, ‘kozo’ digunakan. Dahan kozo akan dididihkan dan kulitnya akan tanggal seterusnya dijemur kering dalam cuaca sejuk.  Semasa dididihkan ‘iye’ digunakan untuk menanggalkan lemak, kanji dan asid tannin.  Kemudiannya air mengalir digunakan untuk menghilang Iye ini. Bahan ini seterusnya dicuci secara semulajadi. Kozo ini akan diambil menggunakan tangan dan dijemur di atas batu atau papan dan diketuk-ketuk.

Selain itu washi juga dibuat menggunakan pokok ‘gampi’, ‘mitsumata’ atau kertas dari mulberi.  Adakalanya menggunakan buluh, beras atau gandum. Biasanya semua bahan menggunakan pokok asli.  Washi ini juga digunakan untuk origami, Shodo dan Ukiyo-e.  Selain itu kertas washi ini juga digunakan untuk kegunaan harian seperti pakaian, peralatan rumah dan alat mainan seperti patung Budha. 


3.      Sejarah Origami Dunia

Origami sebenarnya bermula di negeri China pada tahun 100SM oleh Ts’ai Lun. Ts’ai Lun adalah seorang hamba di Istana China.  Perkembangan seni origami ini kemudiannya mula berkembang.

Pada tahun 600SM mula berkembang ke Jepun.  Seorang sami Buddha bernama Dokyo( Donch´o)  yang merupakan doktor peribadi bagi Ratu Suiko, iaitu pemerintahan kaisar wanita pada zaman Asuka. Beliau telah membawa seni melipat ini ke Jepun. Pada abad ke 6 itu jugalah orang-orang Arab yang datang ke China membawa seni melipat kertas ini ke Sepanyol. Mereka memperkenalkan model origami berbentuk geometrik. 

Manakala pada tahun 1797, sebuah buku tua origami telah diterbitkan bertajuk ‘ Senbazuru Orikata’ yang bermakna ‘ Bagaimana Melipat 1000 Burung undan/Jenjang/Orizuru’.  Semasa itu origami dikenali sebagai orikata dalam Bahasa Jepun.

Pada tahun 1845, satu kumpulan lengkap bentuk lipatan tradisi Jepun ditulis dan diterbitkan dalam Buku ‘Kan no mado’ ( Window on Midwinter). Buku itu berisi lebih kurang 150 contoh origami termasuk model katak. 

Pada tahun 1900, origami mula berkembang ke England dan Amerikas Syarikat.  Seterusnya pada tahun , Akira Yoshizawa telah membina satu set simbol yang boleh digunakan sebagai memudahkan arahan membina origami. Manakala pada tahun 1960, Sadako dan Seribu Burung Jenjang telah diterbitkan oleh Eleanor Coerr dan telah diterbitkan juga origami burung Jenjang serta dijadikan Tanda Keamanan  Global. Pada tahun 2000, Projek Keamanan Antarabangsa telah menjadikan Sejuta Burung Jenjang ini sebagai satu projek komuniti tanpa peperangan.

Di Sepanyol, seni origami ini dipanggil ‘papiroflexia’. Ianya satu kebudayaan yang diperkenalkan oleh Miguel Unamuno (1864-1936) dan Ismael Adolfo Cereeda yang berasal dari Buenos Aires, Argentina.  Miguel merupakan ahli fillsalifat Sepanyol dan juga seorang pegawai kanan Universiti Salamanca.


4.       Sejarah Origami Jepun

Origami Jepun dikatakan telah pun wujud sejak Zaman Heian (741-1191) terutama di kalangan kaum sami Shinto.  Mereka telah menggunakan teknik lipatan sebagai penutup botol sake (arak beras) yang digunakan saat upacara penyembahan, wanita dan kanak-kanak.  Masa itu pisau dibenarkan digunakan semasa membuat origami.  Semasa itu juga origami dikenal dengan istilah orikata, orisui ataupun orimono.

Apabila di zaman Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau telah dihentikan semasa membuat origami. Origami dikatakan cara yang digunakan oleh golongan atas atasan untuk berada lebih tinggi dari golongan bawah.  Di mana Samurai mengikuti ajaran Ise dan masyarakat biasa mengikuti ajaran Ogasawara. Origami makin berkembang di Jepun dan diwarisi dari generasi ke generasi.  Origami ini berkembang dengan sealiran dengan kertas washi dihasilkan.

Origami makin berkait rapat dengan budaya orang Jepun terutama dalam upacara adat keagamaan Shinto.  Mengikut tradisi Shinto, kertas empat persegi di poton dan dilipat menjadi lambang simbolik Dewata serta digantung di Kota Jingu ( Kuil ( Kuil Agung Imperial) di Ise sebagai sembahan.  Semasa upacara perkhawinan kaum Shinto, kertas membentuk rama-rama jantan ( o-cho) dan rama-rama betina ( Mec-ho).  Ianya menggunakan asas bom air ‘water bom’ , membalut botol sake sebagai lambang pengantin lelaki dan perempuan.  Banyak lagi acara menggunakan origami.

 Pada permulaannya, origami diajar secara lisan dan kemudiannya dibukukan. Buku yang pertama ialah Buku Senbazuru Orikata bermaksud Bagaimana Melipat Seribu Burung Jenjang/Orizuru. Ianya berlaku pada tahu 1797. Semasa itu origami dikenali sebagai orikata.  Buku itu adalah buku origami tertua di dunia dan mengandungi 49 Ren-Zuru ( Jenjang Berkait) dan Kyo-Ka (Puisi lucu Pendek).  Pengarangnya adalah Akisato Rito. Beliau mengumpul model Gido bersama Kyo-Ka dan menerbitkannya.  Pada tahun itu juga beliau telah mengeluarkan satu risalah berjudul ‘Chushingura Orikata’ telah menunjukkan rekaan origami manusia

Pada tahun 1850 satu naskah risalah berjudul ‘Kayaragusa’ diterbitkan
dikenali sebagai orikata. Buku ini dianggap buku Origami tertua di dunia dan mengandungi 49 REN-ZURU (Jenjang berkait) dan KYO-KA (puisi lucu pendek). Pengarangnya bernama AKISATO RITO yang mengumpulkan model-model GIDO bersama KYO-KA dan menerbitkannya sebagai Senbazuru Orikata. Pada tahun yang sama suatu risalah berjudul “Chushingura Orikata” yang memuat lipatan bentuk manusia turut dikeluarkan oleh pengarang yang sama.


Manakala pada  tahun 1850 suatu naskah tulisan lain berjudul ‘Kayaragusa’ diterbitkan. Ada dua bahagian origami dalam naskah ini iaitu ‘Rehlah’ dan keagamaan.  Kebanyakkan model yang dikeluarkan adalah terdapat dalam naskah terdahulu.

Seterusnya pada tahun 1919 pula buku ‘ Sekelip Mata Menghasilkan Burung Kertas’. Apabila pada tahun 1845 muncul pula buku ‘Kan No Mado’ yang terdapat kumpulan bentuk lipatan tradisional Jepun.  Di dalam buku itu terdapat lebih kurang 150 contoh origami, termasuklah model katak.  Seni melipat ini kian berkembang apabila pada tahun 1880 pula terhasilah perkataan baru iaitu origami.  Origami bermaksud ‘Oru’melipat dan ‘kami’ pula ialah  kertas . Tetapi pada tahun 1926 -1989 origami kurang diminati dan hanya noshi yang masih popular. Noshi adalah cara yang digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Noshi di mana kertas merah dan putih digunakan untuk membalut kepingan nipis daging, tiram serta ikan.

Pada zaman Edo dari tahun 1600 -1868 produksi kertas telah berkembang dan menjadikan kertas mudah didapati.  Dengan ini origami mula berkembang dengan pesat sekali.  Di zaman inilah hampir 70 bentuk origami dihasilkan termasuklah burung jenjang (orizuzu), Katak, kapal dan balon yang masih kekal sehingga sekarang. Pada era Genroku pada tahun 1688 -1704 pula corak kain origami burung jenjang dan corak pelbagai bot menjadi begitu tersohor kerana menggunakan corak kain Ukiyoe. 

Seterusnya bila zaman Meiji dari tahun 1868 hinggga 1912 origami digunakan sebagai alat bahan mengajar di taman kanak-kanak dan sekolah dasar yang lain.  Orang yang bertanggungjawab ialah Friedrich Wilhelm August Frobel (1782-1852) yang merupakan seorang guru dari Jerman. Konsep geometrik yang diperkenalkan oleh beliau digunapakai secara meluas di Jepun.
     
                  

5.      Penutup
Origami merupakan satu cabang seni yang menarik.  Iannya banyak menekankan tentang teknik melipat dan menumpuk kertas.  Di negara asalnya iaitu Jepun, seni kerajinan origami ini banyak dilakukan oleh masyarakat sebagai hobi dan juga sebagai kegiatan ‘refresing’ pengisi masa lapang.  Origami adalah satu hobi yang mahal jika menggunakan kertas yang bermutu seperti kertas washi.  Namun jika menggunakan kertas biasa ianya lebih murah tetapi kesannya kurang menarik berbanding kertas khas origami itu sendiri.

Seseorang yang ingin membina origami ini tidak memerlukan kemampuan dan keterampilan yang tinggi.  Sekadar latihan dan pengalaman seseorang itu dapat menghasilkan karya yang menarik.  Sekarang teknik melipat mudah di dapati dari internet seperti video dalam YouTube.  Buku-buku dan risalah kecil boleh didapati dengan mudah di pasaran sekarang.

Origami yang menarik menggunakan kertas yang bermutu boleh mendatangkan sumber pendapatan yang boleh memberi keuntungan.  Origami sudah diajar dengan meluas di negara kita Malaysia kerana nilai moral dan displin yang tinggi dapat dipupuk semasa membina origami ini.

No comments:

Post a Comment